top of page

Batu simen projek LRT3 timpa khemah peniaga


Batu simen projek LRT3 timpa khemah peniaga Berita Harian www.bharian.com.my
Keadaan khemah peniaga di Kompleks Pasar Meru yang koyak ditimpa kepingan batu dan simen dari projek pembinaan landasan LRT3 hari ini - Foto Ihsan MPK

KLANG: Beberapa kepingan batu simen dari projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) jatuh menimpa khemah peniaga pasar borong di Kompleks Pasar Meru, di sini pagi tadi.


Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 9.30 pagi membabitkan empat khemah peniaga di premis terbabit, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.


Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, mengesahkan kejadian itu.


Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pihak LRT mengenai kejadian itu yang kemudian mengarahkan kerja pembinaan dihentikan serta-merta.


"MPK juga mengarahkan peniaga terkesan menutup gerai masing-masing serta-merta dan berpindah ke petak kosong berhampiran yang lebih selamat.


"Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam dan peniaga sewaktu kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.


Mengulas lanjut, Norfiza berkata, pihaknya difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu kerja 'hacking' atau pemecahan dilakukan oleh Emrail Sdn Bhd (EMSB) dan didapati sebahagian kepingan simen itu jatuh di atas khemah berkenaan.


Sumber: Berita Harian


7 views

Σχόλια


bottom of page