top of page

[BAJET 2023] RM3.7 bilion bagi projek kontraktor kecil, sederhana


[BAJET 2023] RM3.7 bilion bagi projek kontraktor kecil, sederhana Utusan Malaysia www.utusan.com.my
PEKERJA-pekerja kontraktor binaan melakukan kerja membaiki rumah yang mengalami kerosakan akibat dipukul ribut di Taman Tasik Damai hari ini. - UTUSAN/ZULKIFLI ZULKIFLI

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang menyediakan RM3.7 bilion bagi melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana di seluruh Malaysia melalui Bajet 2023.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut termasuk RM500 juta yang dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 antaranya bagi melaksanakan penyelenggaraan bagi jalan persekutuan, titi dan jambatan kecil, rumah ibadat serta infrastruktur yang rosak akibat banjir.


“Bagi menyokong kontraktor bumiputera, kerajaan akan menyediakan pembiayaan jangka pendek kepada kontraktor bumiputera yang terlibat dalam bidang seperti elektrikal dan pembinaan melalui Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) dengan dana RM20 juta.


“Kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif kontraktor nita bagi menyokong penyertaan lebih ramai kontraktor wanita bumiputera dalam perolehan kerajaan. Sebanyak RM50 juta nilai projek-projek kecil akan dikhususkan kepada kontraktor wanita kelas G1 hingga G4,” katanya.


Sumber: Utusan


9 views

Comments


bottom of page