Anak syarikat milik penuh MRCB dapat kontrak RM323 juta


KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Anak syarikat milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), MRCB Builders Sdn Bhd, telah mendapat kontrak bernilai RM323 juta daripada Turnpike Synergy Sdn Bhd.


MRCB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak tersebut membabitkan pembinaan dan penyiapan aliran utama serta kerja-kerja berkaitan dengan Pakej CA2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang.


"Tarikh penyiapan projek adalah pada 3 April 2020, dalam tempoh 14 bulan dari tarikh pemilikan tapak iaitu pada 4 Februari 2019," katanya.


Sumber: Bernama


#evolusibina #MRCB

97 views

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.