top of page

Agensi berkaitan akan segerakan kemasukan pekerja asing

Dec 22, 2022
1 min read

Agensi berkaitan akan segerakan kemasukan pekerja asing Berita Harian www.bharian.com.my
Pekerja pembinaan warganegara asing memasuki kawasan pembinaan di Kuala Lumpur. - Foto hiasan NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi perhatian khusus kepada isu kelulusan membawa masuk pekerja asing dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketiga-tiga sektor itu perlu menjadi tumpuan kerana kelewatan kelulusan kemasukan pekerja itu akan menyebabkan sektor pengeluaran mengalami masalah.


"Kekurangan pekerja juga dibincangkan Kabinet. Kita minta KDN dan KSM menyegerakan (kelulusan) terutama sektor perladangan, industri perkhidmatan dan pembinaan.


"Ketiga-tiga ini harus diberikan tumpuan, kerana kelewatan ini menyebabkan usaha pengeluaran terbantut," katanya.


Sumber: Berita Harian


 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2026 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page