top of page

Afrika Selatan terima lebih AS$5 bilion daripada BRICS


Afrika Selatan terima lebih AS$5 bilion daripada BRICS
Afrika Selatan menerima AS$5.27 bilion daripada Bank Pembangunan Baharu yang ditubuhkan oleh negara-negara BRICS untuk projek infrastruktur. - Foto/UNSPLASH

Afrika Selatan terima lebih AS$5 bilion daripada BRICS

MOSCOW: Afrika Selatan telah menerima 100 bilion rand (AS$5.27 bilion) daripada Bank Pembangunan Baharu yang ditubuhkan oleh negara-negara BRICS untuk projek infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, bekalan air dan tenaga, lapor Sputnik.


"Afrika Selatan telah mendapat manfaat daripada Bank Pembangunan Baharu, yang ditubuhkan oleh negara-negara BRICS pada 2015.


"Negara kita telah menerima dana bernilai R100 bilion untuk pelbagai projek infrastruktur membabitkan sektor seperti jalan raya, air dan tenaga," kata Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menjelang sidang kemuncak BRICS yang akan diadakan di Johannesburg dari 22-24 Ogos.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Afrika Selatan sedang mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara BRICS lain, serta bekerjasama dalam bidang seperti teknologi, keselamatan dan inovasi, kata presiden.


Sidang kemuncak BRICS di Johannesburg dijangka dihadiri oleh pemimpin dari Rusia, China, India, Brazil dan Afrika Selatan. Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu melalui pautan video.


Sumber: Astro Awani


Afrika Selatan terima lebih AS$5 bilion daripada BRICS


Comentarios


bottom of page