top of page

69,000 pengguna hadapi gangguan air


69,000 pengguna hadapi gangguan air
Gambar hiasan

69,000 pengguna hadapi gangguan air

GEORGE TOWN - Seramai 69,000 pengguna air di daerah Barat Daya melibatkan 26 kawasan utama mengalami gangguan bekalan air sejak awal pagi Ahad.


Antara kawasan terlibat ialah Batu Itam, Bukit Belah, Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Ara, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Gelugor, Pulau Betong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulai Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, gangguan itu berlaku selepas kegagalan sebuah 11kV Medium Voltage Drive menyebabkan Rumah Pam Bukit Dumbar 2 (BD2) terhenti tiba-tiba kira-kira jam 4 pagi.


Menurutnya, insiden itu telah menghalang PBAPP daripada mengepam air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua kepada pengguna air di daerah berkenaan iaitu di kawasan dari Gelugor ke Bukit Penara di Balik Pulau.


"Gangguan elektrik di Kompleks Kolam Air dan Rumah Pam Bukit Dumbar awal pagi tadi telah menjejaskan perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna air Pulau Pinang di Barat Daya (DBD).


"Kakitangan PBAPP di bawah protokol pelan respons kecemasan (ERP) telah berusaha untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan bekalan air menjelang jam 5 petang ini," katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.


Tambah beliau, sehingga jam 1 tengah hari, bekalan air telah dipulihkan untuk kira-kira 40,000 pengguna iaitu 58 peratus daripada pengguna terjejas.


"Kira-kira jam 6.30 pagi tadi, selepas memulihkan sistem elektrik dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kontraktor elektrik, PBAPP memulakan semula Rumah Pam BD2.


"Sejak itu, pasukan kerja PBAPP telah menjalankan kerja-kerja menyahudara pantas di semua saluran paip utama DBD untuk menyelesaikan isu kunci udara," katanya.


Pathmanathan berkata, PBAPP memohon maaf di atas semua kesulitan yang dialami pengguna yang terjejas.


"Ini adalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang berpunca daripada kejadian elektrik secara tiba-tiba.


"PBAPP sedang berusaha secepat mungkin untuk memulihkan bekalan air sepenuhnya.


"Pengguna air yang mengalami masalah bekalan selepas jam 5 petang hari ini diminta menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam PBAPP di talian 04-255 8 255 untuk nasihat dan bantuan," katanya lagi.


Sumber: Sinar Harian


69,000 pengguna hadapi gangguan air

6 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page