top of page

590 kontraktor digantung akibat gagal siapkan projek, palsu dokumen


590 kontraktor digantung akibat gagal siapkan projek, palsu dokumen
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

590 kontraktor digantung akibat gagal siapkan projek, palsu dokumen

KUALA LUMPUR: Sejumlah 590 kontraktor digantung daripada menyertai tender projek kerajaan akibat pelbagai kesalahan, termasuk gagal menyiapkan projek dan memalsukan dokumen.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merekodkan 4,095 kontraktor dikenakan tindakan tatatertib antara 2018 sehingga tahun ini.


Daripada jumlah itu, katanya, 3,505, kontraktor diberikan amaran, manakala 590 kontraktor dikenakan tindakan penggantungan pendaftaran untuk projek kerajaan atas pelbagai kesalahan.


"Daripada jumlah 590 kontraktor yang digantung, sebanyak 356 kontraktor telah digantung atas kegagalan menyiapkan projek atau telah ditamatkan kontrak.


"Sementara baki 234 kontraktor telah digantung atas kesalahan memalsukan dokumen, menarik diri selepas kontrak ditawarkan dan menarik diri sebelum keputusan tender," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang bertanyakan jumlah kontraktor disenarai hitam oleh kementerian kerana kegagalan melaksanakan projek yang diberikan kepada mereka.


Sumber: Berita Harian


590 kontraktor digantung akibat gagal siapkan projek, palsu dokumen

Comments


bottom of page