top of page

50 premis di Tumpat bina bangunan tambahan tanpa izin dikompaun


50 premis di Tumpat bina bangunan tambahan tanpa izin dikompaun Kosmo www.kosmo.com.my
Anggota penguat kuasa MDT menjalankan operasi mengesan pembinaan bangunan tanpa izin di sebuah rumah di Tumpat baru-baru ini. -Foto IHSAN MDT

TUMPAT – Majlis Daerah Tumpat (MDT) mengesan sebanyak 50 buah rumah dan premis perniagaan yang membuat pembinaan tambahan bangunan tanpa izin di daerah ini sepanjang tempoh lapan bulan.


Setiausaha MDT, Mohd. Khairil Hazmie Yusof berkata, dalam tempoh itu, kompaun sebanyak RM21,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan dan rumah yang melakukan kesalahan tersebut.


Menurutnya, pemilik premis dikesan membuat pembinaan dan pengubahsuaian bangunan seperti dapur atau bilik tanpa kelulusan MDT.


“Kadar maksimum kompaun dikenakan terhadap pemilik tersebut adalah sebanyak RM5,000.


“Sehubungan itu, MDT akan sentiasa melakukan operasi untuk mengesan pemilik premis yang tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Mengulas lanjut, menurut Mohd. Khairil Hazmie, pemilik premis dinasihatkan agar tidak sesuka hati mengubah bangunan atau rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.


Katanya, berdasarkan rekod, sebanyak 161 notis dan 39 kompaun MDT dikeluarkan bagi kesalahan sama sepanjang tahun lalu.


Sumber: Kosmo!


5 views
bottom of page