top of page

340 'projek sakit' di Sarawak akibat Covid-19 - Douglas Uggah


Projek sakit di Sarawak
SEBANYAK 30 projek lain akan diselamatkan iaitu pembinaan jambatan, bangunan pejabat, pembinaan serta menaik taraf jalan raya, klinik kesihatan, kuarters guru, kompleks sukan dan pembaikan sekolah usang.

Projek sakit di Sarawak

SIBU - Pandemik Covid-19 yang bermula pada Mac 2020 telah menyebabkan 340 projek dikategorikan sebagai projek sakit dan 36 projek tertangguh secara kritikal di Sarawak.


Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, faktor lain yang menyebabkan hal itu termasuk kekurangan tenaga kerja, masalah kewangan atau bahan yang dihadapi kontraktor, selain subkontraktor gagal melaksanakan kerja dengan baik.

"Kini selepas hampir empat tahun, situasi pandemik semakin pulih. Kami mahu semua kontraktor yang diberikan sebarang projek untuk melaksanakan kerja seperti yang dijadualkan dan dengan kualiti yang diminta,” katanya selepas melawat pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu, di sini pada Selasa.

Beliau turut mengarahkan semua pejabat JKR di negeri ini supaya mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak melakukan kerja dengan baik.


Katanya, JKR patut memberi amaran jika terdapat kerja-kerja pembinaan yang ditangguhkan selama 60 hari dan sebelum ini beliau telah pun menyebut supaya JKR menamatkan kontrak pihak yang gagal memulakan projek dalam tempoh sebulan selepas penyerahan tapak.


Uggah turut berkata jabatan itu dijangka akan menangani lebih banyak projek tidak lama lagi memandangkan Sarawak telah diberi autonomi untuk melaksanakan projek Persekutuan bernilai RM50 juta dan ke bawah tanpa merujuk kepada Putrajaya.


Sumber: Sinar Harian


1 view
bottom of page