top of page

340 kontraktor peroleh kerja selenggara jalan RM34 juta


Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
Gambar hiasan: 340 kontraktor berjaya mendapar tawaran projek Penyelenggaraan Jalan Kerajaan bernilai RM34 juta bagi tahun ini menerusi pengundian fasa 1.

Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)

SEREMBAN: Seramai 340 kontraktor berjaya mendapar tawaran projek Penyelenggaraan Jalan Kerajaan bernilai RM34 juta bagi tahun ini menerusi pengundian fasa 1.


Kontraktor berkenaan menerima sijil melaksanakan kerja pada hari sama selepas Kerja Undi Fasa 1 tahun 2023 yang dilaksanakan semalam bagi kerja dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun Sijil Kontraktor Berjaya Kerja Undi Fasa 1 Tahun 2023 diberikan kepada semua 340 kontaktor yang terpilih dalam cabutan kerja undi yang dilaksanakan pagi tadi (semalam).


"Tahniah saya ucapkan kepada semua kontraktor yang terpilih," katanya dalam satu kenyataan.


Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Height, di sini, turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook JKR (Jabatan Kerja Raya) Negeri Sembilan.


Aminuddin berkata, sebanyak RM34 juta diperuntukkan bagi projek penyelenggaraan jalan itu.


"Sebanyak 2,278 kontraktor G1 di negeri ini berjaya memenuhi syarat serta layak menyertai kerja undi berkenaan. Hanya 340 bilangan kerja yang akan diundi dengan setiap satu bernilai RM100,000.


"Kaedah ini diteruskan lagi kerana mendapat maklum balas yang baik. Di samping dapat meransang ekonomi kontraktor kelas G1 di negeri ini.


"Dalam masa sama, ia juga turut memberi manfaat kepada pembangunan dan menambah baik infrastruktur untuk kegunaan rakyat Negeri Sembilan," katanya.


Sumber: Berita Harian


3 views
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2024 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page