top of page

26,000 kontraktor bumiputera terjejas


TUKIMAN RADION (tengah) bersama-sama kepemimpinan tertinggi Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) menunjukkan memorandum bantahan yang diserahkan kepada Bantahan Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN ONLINE/Wahidah Zainal

Seramai 25 ahli jawatankuasa tertinggi  Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) mewakili kira-kira 26,000 kontraktor bumiputera seluruh negara tampil menyerahkan memorandum bagi membantah keputusan kerajaan menamatkan kontrak kerja-kerja penyelenggaraan kuarters penjawat awam di sini bermula Jun ini.


Memorandum yang diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri itu adalah untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati apabila kerajaan dikhabarkan akan memberi kontrak kepada kontraktor besar gred G7 atau Kelas A. 


Menurut Presiden Perkobf, Tukiman Radion, keputusan kerajaan menidakkan peluang kontraktor G1 atau dahulunya dikenali sebagai Kelas F boleh memberi impak besar sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.


Tukiman malah mengatakan apa yang lagi dikesali adalah kontraktor bumiputera G1 tidak dimaklumkan mengenai hasrat kerajaan menghentikan projek kepada mereka dan hanya mengetahuinya menerusi tender terbuka yang disiarkan dalam akhbar.


“Kami amat berharap BPH menghentikan niat untuk menyerahkan projek baik pulih kepada kontraktor berskala besar dan beri semula kepada kami. Lagi pun inilah tujuan diwujudkan kontraktor kecil.


“Tugas kontraktor G7 ialah untuk membangunkan projek berskala besar. Mereka sepatutnya membina bangunan baharu dan mencari peluang di luar negara. Bukannya projek-projek baik pulih,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada BPH di Putrajaya dekat sini hari ini.



76 views

Kommentare


bottom of page