top of page

23 projek RTP tahun 2023


23 projek RTP tahun 2023
23 projek RTP tahun 2023

23 projek RTP tahun 2023

SARATOK: Sebanyak 23 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dicadang untuk dilaksanakan di seluruh Dun Kalaka tahun hadapan.


Adun Kalaka Mohamad Duri berkata, ia sebagai penerus agenda pembangunan yang diharapkan rakyat selama ini.


“Tahun ini terdapat empat projek RTP siap dengan projek lain sedang dalam pelaksanaan.


“Untuk tahun hadapan, terdapat 23 cadangan projek dikemukakan bagi menambah baik kemudahan di Dun Kalaka,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Syn.


Mohamad menjelaskan, antara fokus tahun hadapan adalah menambah baik sistem perparitan dan jalan kampung di dalam Dun Kalaka.


“Di samping itu, tumpuan diberikan kepada usaha menaik taraf prasarana sekolah seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia.


SMK Kalaka, Kolej Tingkatan Enam dan sekolah rendah.


“Kita turut menumpukan kepada prasarana sukan dengan menaik taraf gelanggang tenis, sepak takraw, dewan serbaguna dan keperluan lain.


“Oleh itu saya berharap segala perancangan dapat dilaksanakan hasil kerjasama agensi dan kontraktor terlibat,” ujarnya.


Mengenai pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung tersebut, beliau berkata, ia melibatkan SJKC Min Syn dan SK Abang Abdul Rahman.


Beliau berharap kontraktor dilantik komited dalam melaksanakan projek pembangunan di Dun Kalaka. “Ingat, kita bekerja untuk rakyat dan dana yang dilaburkan bukan sedikit.


Jadi kita perlu faham bahawa setiap projek mesti dilaksanakan mengikut spesifikasi dan siap mengikut jadual ditetapkan.


“Kalau ada sebarang isu, berhubung segera dengan agensi pelaksana atau wakil rakyat untuk mengelak berlakunya projek sakit awatu lewat,” jelasnya.


Sumber: Sarawak Voice


9 views

Comments


bottom of page