top of page

11 dirempuh ketika makan, MBMB kaji pembinaan ‘bollard’


11 dirempuh ketika makan, MBMB kaji pembinaan ‘bollard’
TANGKAP layar CCTV memaparkan Avanza yang merempuh pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Melaka.

11 dirempuh ketika makan, MBMB kaji pembinaan ‘bollard’

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengkaji keperluan pembinaan bollard atau tonggak jalan di medan selera susulan insiden 11 pelanggan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang menjamu selera di Tanjung Kling, semalam.


Datuk Bandarnya, Datuk Shadan Othman berkata, meskipun insiden tersebut berlaku disebabkan kecuaian manusia, namun tindakan responsif akan tetap dilakukan termasuklah mengkaji keperluan pembinaan bollard di sekitar kawasan medan selera.


“Semua medan selera dibina telahpun memenuhi ciri-ciri keselamatan diperlukan dan kejadian semalam juga berpunca daripada kecuaian pemandunya berusia 16 tahun yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Apa apa pun, kita akan lihat pada kesesuaian jika ada medan selera yang perlu dipertingkatkan tahap keselamatannya termasuklah pembinaan bollard bagi mengelak risiko kejadian sama pada masa hadapan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden 11 pelanggan yang dirempuh sebuah Toyota Avanza ketika sedang menjamu selera di Medan Selera Tanjung Kling.


Kosmo! hari ini melaporkan, kejadian kira-kira pukul 2.43 petang itu berlaku selepas seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa telah tertekan pedal minyak ketika diminta untuk memanaskan enjin kenderaan oleh ibunya.


Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua mangsa terlibat dilaporkan terselamat, namun sehingga kini tiada yang tampil membuat laporan polis.


“Apabila masuk ke dalam kenderaan, remaja itu bagaimanapun tertekan pedal minyak kereta dan mengubahnya kepada gear kepada mengundur (R).


“MPV itu mengundur secara mengejut dan menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan sebuah Proton Suprima S yang diparkirkan di sebelahnya sebelum merempuh pelanggan yang sedang menjamu selera di belakang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.


Sumber: Kosmo!


11 dirempuh ketika makan, MBMB kaji pembinaan ‘bollard’


Comments


bottom of page