top of page

Melaka aktifkan kembali Kompleks Sukan Hang Jebat


Melaka aktifkan kembali Kompleks Sukan Hang Jebat
Kompleks Sukan Hang Jebat

Melaka aktifkan kembali Kompleks Sukan Hang Jebat

Melaka: Kerajaan Negeri Melaka belum berhasrat untuk membina stadium tertutup di negeri berkenaan dalam tempoh terdekat berikutan penggunaan fasiliti sedia ada di negeri terbabit yang masih berada di tahap yang rendah.


Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, biarpun terdapat cadangan pembinaan stadium tertutup, namun bukan dalam tempoh terdekat kerana Melaka masih mempunyai fasiliti sukan terbaik di Kompleks Sukan Hang Jebat, Paya Rumput yang masih belum digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sukan.


Katanya, kerajaan negeri kini berada pada landasan tepat untuk membangunkan semula Kompleks Sukan Hang Jebat sebagai lokasi aktiviti sukan dan riadah di Negeri Melaka.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Pembinaan stadium tertutup sebenarnya bergantung kepada permintaan. Dengan kedudukan Melaka pada masa kini, ia belum cukup lagi untuk menampung pembinaannya memandangkan kita masih mempunyai Kompleks Sukan Hang Jebat.


"Untuk membina stadium tertutup, ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan kita perlu melihat keperluan terbabit (semula) berdasarkan permintaan rakyat," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Perempuan Bawah 12 Tahun Piala Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Tambichik Karim, Masjid Tanah baru-baru ini.


Hadir sama, Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) , Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Timbalan Pengerusi Pengadil Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa), Abdullah Derus.


Rauf berkata, antara langkah pembangunan kompleks berkenaan pada peringkat awal, termasuk usaha memulihkan imej pasukan bola sepak Melaka.


Beliau berkata, susulan selepas itu, usaha mengaktifkan dan menumpukan pembinaan baik pulih kemudahan padang 10 di Kompleks Sukan Mafa akan dilakukan selain merancang pelaksanaan beberapa aktiviti sukan yang lain.


Sumber: Harian Metro


Melaka aktifkan kembali Kompleks Sukan Hang Jebat


15 views

Comentários


bottom of page