top of page

YNH dapat 'lampu hijau' bina perbandaran bercampur di Kuala Pilah


YNH Property Bhd (YNH) memperoleh arahan pembangunan daripada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) baru-baru ini, untuk membina 2,200 unit pembangunan perbandaran bercampur di daerah Negeri Sembilan itu.
Perbandaran bercampur YNH di Kuala Pilah dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi kawasan berkenaan - Foto ihsan YNH

KUALA LUMPUR: YNH Property Bhd (YNH) memperoleh arahan pembangunan daripada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) baru-baru ini, untuk membina 2,200 unit pembangunan perbandaran bercampur di daerah Negeri Sembilan itu.


Menurut pemaju hartanah itu dalam kenyataan hari ini, perbandaran itu, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu kota negeri Seremban, dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi kawasan berkenaan, sambil memenuhi permintaan kukuh untuk rumah berkualiti dan mampu milik.


"Jumlah nilai pembangunan lasar (GDV) perbandaran itu dianggarkan berjumlah RM600 juta.


Fasa 1 projek itu, yang terdiri daripada 500 unit kediaman, dijangka dilancarkan pada suku kedua 2023.


"Ia terletak berdekatan dengan bandar Kuala Pilah dan bandar Bahau, perbandaran baharu oleh YNH akan mendapat akses kepada kemudahan yang sedia ada seperti pasar raya besar Lotus dan Giant, hospital, restoran, bank dan banyak lagi," katanya.



Pengurus Besar YNH, James Ngio, berkata, arahan pembangunan yang diterima daripada MDKP untuk perbandaran baharu di Kuala Pilah ini adalah peristiwa penting bagi YNH kerana ia menandakan kemasukan syarikat itu ke Negeri Sembilan, sebuah wilayah pertumbuhan tinggi di Koridor Selatan Greater Kuala Lumpur.


"Kami berharap dapat membawa kepakaran kami yang terbukti serta rekod prestasi kukuh dalam pembangunan perbandaran ke Negeri Sembilan ini dan kami yakin perbandaran baharu ini akan menyumbang ke arah pertumbuhan sosio-ekonomi yang positif.



"Pembangunan perbandaran Kuala Pilah dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.


Projek ini juga akan mengukuhkan reputasi kami sebagai pemaju pilihan untuk perbandaran yang berjaya," katanya.

YNH mempunyai rekod prestasi membangunkan 13,000 unit pembangunan bercampur di perbandaran Seri Manjung, Perak sejak 1982 yang telah menarik sejumlah besar kepentingan kediaman, runcit dan komersial serta merangsang aktiviti pelancongan di kawasan itu.

YNH mendedahkan bahawa pelan induk projek, yang sedang dimuktamadkan, akan memberi tumpuan kepada kemampanan, merangkumi konsep 'Live, Work, Play'.

Hak milik individu bagi projek berkenaan juga telah diperolehi daripada Pejabat Tanah Kuala Pilah.


Sumber: Berita Harian


30 views
bottom of page