top of page

Yinson dapat projek di Angola, Suriname


Yinson Holdings Bhd

KUALA LUMPUR: Yinson Holdings Bhd dipilih oleh syarikat gergasi minyak dan gas Perancis, Total untuk melakukan Reka Bentuk Kejuruteraan Bahagian Depan awal (pra-FEED) untuk dua projek kemudahan penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) yang akan dipasang di Angola dan Suriname.


Syarikat itu berkata, projek di Angola akan dipasang di kawasan sekitar 1,400 meter, terletak 160 kilometer dari Luanda, sementara projek Suriname pula akan dipasang pada jarak sekitar 2,000 meter, terletak 150 kilometer dari Paramaribo.


"Pra-FEED akan menyediakan Total dengan cadangan teknikal dan pajakan komersial serta cadangan operasi, termasuk penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan dalam tempoh 32 minggu daripada tarikh perjanjian.


"Reka bentuk bahagian atas akan dilakukan oleh Technip Energies, rakan kongsi utama Yinson untuk pra-FEED," katanya dalam satu kenyataan.


Ketua Pegawai Eksekutif Yinson (Pengeluaran Luar Pesisir), Flemming Grønnegaard, berkata pra-FEED adalah projek pertama Yinson dengan Total dan ia menandakan permulaan hubungan kerja jangka panjang yang bermanfaat antara kedua-dua pihak.


"Kami sedang membangun FPSO untuk Campos Basin di Amerika Selatan dan beroperasi di rantau Afrika sejak 1995.


"Kami berharap dapat terus menyumbang kepada pengeluaran tenaga di rantau ini melalui projek terbabit dan banyak lagi yang akan datang," katanya. -BERNAMA


Sumber: Berita Harian

16 views
bottom of page