top of page

Warga asing tinggal di bangunan sekolah terbiar adalah pekerja binaan, kata polis


Warga asing tinggal di bangunan sekolah terbiar adalah pekerja binaan, kata polis
Gambar hiasan: Warga asing tinggal di bangunan sekolah terbiar adalah pekerja binaan, kata polis

WARGA asing yang didakwa mendiami bangunan sekolah terbiar di Taman Desa di Kuala Lumpur merupakan pekerja di sebuah tapak pembinaan berhampiran.


Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata bagaimanapun ketika pegawai penyiasatnya hadir ke kawasan berkenaan, ia didapati telah dikosongkan dan tidak berpenghuni.


“Siasatan awal mendapati seramai 50 pekerja di tapak pembinaan itu telah menjadikan bangunan berkenaan sebagai tempat tinggal mereka dan mereka menceroboh masuk melalui pagar belakang yang telah roboh.


“Pihak polis juga telah berhubung serta menasihati wakil pihak pengurusan tapak pembinaan itu untuk melarang pekerja mereka tinggal di kawasan bangunan sekolah terbiar berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.


Media tempatan pada Jumaat lepas melaporkan lebih 50 warga asing menjadikan bangunan sekolah lama itu sebagai tempat tinggal kerana mendakwa majikan mereka tidak menyediakan kemudahan penginapan sewajarnya.


Menurut Amihizam, pihaknya juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelak perkara itu berulang.


Beliau berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis yang diterima pihaknya pagi tadi daripada Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu susulan laporan akhbar tempatan mengenai perkara berkenaan.


Difahamkan, bangunan Sekolah Kebangsaan Danau Perdana itu dikosongkan sejak 2005 akibat masalah strukturnya berikutan mendapan tanah.



 
 
 

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page