top of page

Vahana tawar penggabungan dengan Eversendai


Menurut Tan Sri Datuk A K Nathan, penggabungan tersebut akan membolehkan kedua-dua pihak meningkatkan keyakinan pelabur dan terus berkembang. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Vahana Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Vahana) telah mengeluarkan surat tawaran untuk bergabung dengan Eversendai Corporation Bhd. (Kumpulan Eversendai).


Melalui kerjasama itu, suntikan seratus peratus ekuiti ditawarkan untuk tujuan penggabungan tersebut melalui anak syarikat Kumpulan Vahana iaitu Vahana Offshore.


Menurut Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai Corp, Tan Sri Datuk A K Nathan pada Isnin dalam satu sidang media, surat tawaran telah dikeluarkan dan masih menunggu untuk dimeterai.



“Sebab mengapa saya merasakan keputusan ini adalah bagus adalah kerana Vahana memiliki 71.11 peratus saham di Eversendai Corporation dan ada perkara yang berkait rapat.


Buat masa ini, Vahana Aryan mengendalikan kapal pengangkut yang lengkap dan menjalankan projek industri berkenaan untuk sebuah syarikat berpangkalan di Timur Tengah, Saudi Aramco sejak satu setengah tahun lalu.


Manakala, kapal Vahana Arjun masih dalam pembinaan.


Kedua-dua kapal telah menjamin kontrak 5 tahun yang akan bermula pada Jun 2021 dan June 2021 secara berasingan.


Sumber: Astro Awani


15 views
bottom of page