Kerja Baik Pulih Tanah Mendap Dilakukan Hari Ini

Oleh: Nur Izzati Izzah Nadzi

Kejadian sebuah lori mendap di Pekan Semenyih dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kerja-kerja baik pulih jalan mendap yang menyebabkan bahagian belakang sebuah lori terbenam di dalam lubang berdiameter kira-kira lima meter di pekan Semenyih dekat sini akan disiapkan segera.


Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, Jabatan Kejuruteraan MPKj telah melantik kontraktor untuk membaik pulih jalan berkenaan bagi membolehkan pengguna melalui semula jalan itu tanpa sebarang kesulitan.


“Kontraktor yang dilantik akan melakukan kerja baik pulih pada kadar segera bagi memastikan jalan yang menempatkan saliran longkang bawah tanah itu selamat dilalui.


“Pihak kami juga mempercayai mendapan tanah yang baru pertama kali berlaku itu disebabkan oleh lori yang terlebih muatan,” katanya.


Kamarul Izlan berkata, pihaknya telah meletakkan kon di kawasan kejadian itu sebagai langkah keselamatan sehingga kerja dilakukan siap.


Kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini menyebabkan kesesakan teruk di kawasan itu. - UTUSAN ONLINE


Sumber: Utusan Online


#evolusibina #utusan #infrastruktur

16 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.