top of page

Untung bersih Binastra meningkat kepada RM15.38 juta pada 4QFY24 didorong prestasi cemerlang sektor pembinaan


Untung bersih Binastra meningkat kepada RM15.38 juta pada 4QFY24 didorong prestasi cemerlang sektor pembinaan
Binastra Corp Bhd

Binastra Corp Bhd

KUALA LUMPUR 25 Mac - Binastra Corp Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM15.38 juta pada suku keempat berakhir 31 Januari 2024 (4QFY24) berbanding RM5.56 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya didorong prestasi cemerlang sektor pembinaan.


Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil bagi suku berkenaan juga meningkat kepada RM155.36 juta berbanding RM73.78 juta pada 4QFY23.


Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024 (FY24) untung bersih kumpulan meningkat kepada RM40.77 juta berbanding RM16.53 juta pada tahun sebelumnya didorong peningkatan hasil kepada RM425.2 juta daripada RM184.84 juta pada FY23.


Katanya, peningkatan hasil itu disebabkan oleh aktiviti kerja pembinaan yang lebih tinggi pada suku semasa.


"Segmen pembinaan menjadi penyumbang utama kepada hasil dan keuntungan keseluruhan kumpulan dan dijangka terus memberikan hasil yang positif dan menambah baik keputusan keseluruhan pada masa hadapan," katanya.


Kumpulan itu berkata, sehingga Januari 2024, mereka mempunyai 15 projek pembinaan yang sedang berjalan dengan buku pesanan tertunggak kira-kira RM1.4 bilion, yang akan memberikan keterlihatan pendapatan dalam tempoh empat tahun kewangan akan datang.


Selepas FY24, kumpulan itu memperoleh dua surat anugerah bernilai RM381.1 juta untuk kerja-kerja cerucuk dan cerucuk serta kerja-kerja bangunan utama dan kerja-kerja infrastruktur.


Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, ekonomi negara diunjurkan kekal dalam julat 4.0% hingga 5.0% pada 2024 yang disokong oleh prospek pertumbuhan domestik yang berdaya tahan, prestasi pasaran hartanah dijangka kekal optimis dengan berhati-hati memandangkan persekitaran luaran yang tidak dapat diramalkan.


Dalam segmen pembinaan, kadar penyiapan rumah meningkat sebanyak 4% kepada 74,893 unit pada 2023 berbanding 2022 dan sektor itu diramal meningkat sebanyak 6.8% pada 2024 berikutan prestasi yang lebih baik dalam semua subsektor.


"Kumpulan akan terus memantau persekitaran perniagaan dengan penilaian berkala akan dijalankan bagi memastikan pengurusan kewangan yang berhemat dan prosedur operasi yang cekap bagi mencapai pertumbuhan yang mampan pada masa hadapan," katanya.


Sumber: DagangNews


Untung bersih Binastra meningkat kepada RM15.38 juta pada 4QFY24 didorong prestasi cemerlang sektor pembinaan


22 views

Commentaires


bottom of page