top of page

Universiti awam digalak pasang panel solar untuk jimat penggunaan tenaga elektrik


Universiti awam digalak pasang panel solar untuk jimat penggunaan tenaga elektrik
Lebih banyak universiti awam (UA) digalakkan untuk memasang panel solar sebagai alternatif bagi menampung penggunaan tenaga elektrik harian.

Universiti awam digalak pasang panel solar untuk jimat penggunaan tenaga elektrik

SERDANG: Lebih banyak universiti awam (UA) digalakkan untuk memasang panel solar sebagai alternatif bagi menampung penggunaan tenaga elektrik harian, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.


Beliau berkata buat masa ini UA seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM) sudah mula mengaplikasikan penggunaan panel solar di kampus masing-masing, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam melestarikan sistem pembekalan elektrik negara.


"Ia (pemasangan solar) merupakan satu perkara positif kerana universiti dapat melihat bagaimana untuk menggunakan panel solar dan tenaga boleh baharu (TBB).


"Bagi universiti awam yang banyak melakukan penyelidikan, impaknya amat positif bukan sahaja dari segi penjimatan tenaga tetapi juga dari segi penyelidikan yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek 'Rooftop Solar Photovoltaic (PV) UPM di sini pada Isnin.


Turut dimeterai memorandum persefahaman antara UPM dan Syarikat Hampshire Automotive Sdn Bhd bagi penyelidikan bidang kenderaan elektrik (EV) dan 'battery energy storage system' (BESS) bertujuan menyokong dasar peralihan tenaga negara dan usaha negara mencapai hasrat 45 peratus pengurangan gas rumah hijau pada tahun 2030.


Nik Nazmi berkata pelaksanaan projek solar PV beserta penyelidikan EV dan BESS merupakan langkah penyahkarbonan yang mendominasi dan mencorak hala tuju pembangunan geopolitik, ekonomi, pelaburan dan perdagangan dunia semasa.


"Justeru dalam mendepani cabaran dan merungkai masalah pencemaran alam sekitar yang silih berganti, sinergi antara sektor kerajaan, universiti awam dan industri harus terus digembleng melalui aktiviti penguatkuasaaan yang menyeluruh," katanya.


Sementara itu Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam ucapannya berkata UPM telah menjalin kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd bermula Januari 2022 menerusi pemasangan sistem solar berkapasiti 16.18 megawatt (MW) atau dikenali sebagai SURIA16 di 12 lokasi sekitar universiti tersebut.


Ia merangkumi bangunan termasuk masjid, bumbung parkir dan projek solar terapung Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar yang ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan UPM.


Sehingga September lepas, katanya projek rooftop solar UPM atau SURIA16 telah memberikan pulangan penjimatan sehingga RM2.47 juta serta mampu mengurangkan 14,665 tan metrik karbon dioksida setahun.


Sumber: Astro Awani


Universiti awam digalak pasang panel solar untuk jimat penggunaan tenaga elektrik

10 views
bottom of page