top of page

Unit Sunway Construction Group peroleh projek TNB RM781 juta


KUALA LUMPUR: Anak syarikat Sunway Construction Group Bhd, Sunway Construction Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai RM781.3 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi membina dan menyiapkan kampus TNB di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh 26 bulan dari tarikh projek dimulakan yang akan ditentukan oleh pihak-pihak.


“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan seterusnya,” katanya.


Sunway Construction Group berkata projek itu akan meningkatkan nilai perolehan projeknya secara keseluruhan kepada RM6 bilion. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian


366 views
bottom of page