Unit Forensik JKR pantau jalan rosak


Solihan (tengah) ketika memantau PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi di sini hari ini

KOTA TINGGI - Unit Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan kajian dan menilai tahap jalan raya yang didapati terjejas ekoran bencana banjir yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.


Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, kerja membaik pulih jalan akan dilakukan pihak konsesi mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan memantau jalan yang perlu dibaiki.


Menurutnya, peruntukan khas disediakan bagi tujuan itu termasuk kerja-kerja baik pulih tebing runtuh


"JKR Johor juga telah membuka bilik gerakan yang akan memaklumkan jalan yang ditutup atau tebing runtuh akibat banjir," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Dewan Kolej Vokasional di sini hari ini.

Solihan turut menasihatkan pengguna jalan raya mengelakkan risiko meredah kawasan jalan yang ditutup akibat banjir.


"Kedalaman air mungkin kurang satu meter tetapi kita minta pengguna jangan ambil risiko sebab air mengalir deras walaupun kenderaan berat boleh terbalik.


"Sekiranya ada pengguna yang mahu maklumat terkini mengenai keadaan jalan raya boleh lihat website http://bencanaalam.jkr.gov.my," katanya.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima setakat petang tadi sebanyak lima jalan raya utama ditutup manakala 13 jalan telah dibuka.


Bagaimanapun katanya, keadaan masih terkawal dan tiada sebarang laporan kritikal diterima membabitkan infrastruktur rosak seperti jambatan dan sebagainya.


“Buat masa ini antara jalan raya yang masih ditutup hanya membabitkan Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu dan Jalan Kota Tinggi -Mersing Risda yang ditenggelami air,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #JKR

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.