top of page

Unit Dialog peroleh kontrak TA4MS daripada Petronas



KUALA LUMPUR - Anak syarikat Dialog Bhd., Dialog Plant Services Sdn. Bhd. diberikan Perjanjian Perkhidmatan Induk Kumpulan (MSA) bagi pemulihan bersepadu mekanikal utama serta penyenggaraan statik mekanikal (TA4MS) daripada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).


Dalam kenyataan hari ini, Dialog berkata, kontrak itu merangkumi kerja pemulihan loji bersepadu dan kerja penyenggaraan harian ke atas statik mekanikal bagi loji kumpulan Petronas.


Kontrak itu sah selama lima tahun dengan pilihan tempoh lanjutan oleh Petronas.

Pengerusi Eksekutif Dialog, Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat berkata, kontrak jangka panjang itu akan membolehkan syarikat membangunkan dan mempertingkat kompetensinya, mempertahan daya saing serta mencapai misi dalam mengekalkan pertumbuhan Dialog.


Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih penyedia perkhidmatan teknikal bersepadu bagi sektor minyak dan gas itu pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020 dan seterusnya. - BERNAMA



99 views
bottom of page