top of page

UiTM-PTHM terus komited ke arah pembangunan lestari


Kerjasama UiTM dan PTHM menitikberatkan pembangunan lestari. Gambar oleh Aimi Ashikin Hanib

SHAH ALAM 16 April – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) telah diadakan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) UiTM Shah Alam sempena Construction Management Festival (CoMFest) 2019 yang bermula pada 11 hingga 13 April lalu.



MoU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pengurus Eksekutif PTHM, Chandru Suparmaniam dan Dekan FSPU UiTM, Prof. Dr. Jamalunlaili Abdullah.


Keberhasilan MoU ini lebih menitikberatkan kesedaran pelajar di peringkat universiti berkenaan kepentingan pembangunan lestari ke arah negara menuju maju dan sejahtera.


Pada zaman serba moden ini, pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah malah lebih meluas dengan mengadakan program festival seperti melibatkan aktiviti kegiatan pelajar bersama-sama komuniti.


Kerjasama seumpama ini boleh menjadi platform perkongsian kepakaran melalui pelbagai program hijau.


Program teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.


Memorandum yang penuh meriah ini dimulakan dengan perasmian CoMFest oleh CEO MRT Corporation, Abdul Yazid Bin Kassim berlangsung selama tiga hari.


Pelbagai acara telah diadakan seperti Hari Pengurusan Pembinaan (CoMDay), ceramah dan forum mengenai pengurusan pembinaan untuk masa depan: Konvergensi industri dan akademik dan Program Larian Comfest 2019.


Majlis ini diakhiri dengan lawatan dekan serta delegasi PTHM ke pameran poster dan pameran berkaitan pembangunan lestari sempena Hari Pengurusan Pembinaan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pembinaan, FSPU.



19 views
bottom of page