top of page

UDA Holdings serah zakat bernilai RM500,000


KUALA LUMPUR 25 Feb.- Syarikat pemaju hartanah, UDA Holdings Berhad (UDA) telah menyerahkan zakat bernilai RM500,000 kepada Masjid An-Nur, Bandar UDA Utama di Johor bagi tujuan pembangunan.


Penyerahan cek sumbangan tersebut dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar kepada Pengerusi Pembinaan Masjid An-Nur, Kamarudin Bujang.


Ahmad menjelaskan, sebelum ini pihaknya telah membayar kira-kira RM4 juta wang zakat dan daripada jumlah tersebut RM1.5 juta telah dikembalikan kepada mereka untuk disalurkan kepada penerima yang layak di kawasan pembangunan syarikat tersebut.


“Sumbangan zakat ini diharap dapat membangunkan ummah setempat khususnya di Bandar UDA Utama.


“Malah pembangunan masjid juga bakal memudahkan penduduk sekitar menjalankan ibadah serta aktiviti kemasyarakatan selain menaikkan imej Bandar UDA Utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, UDA terpanggil untuk memberikan sumbangan kerana pihaknya sudah berada di kawasan tersebut bagi tempoh lama iaitu lebih daripada empat dekad.


Sumber: Utusan Online


19 views
bottom of page