top of page

UDA berminat bangunkan sektor hartanah di Sabah


UDA berminat bangunkan sektor hartanah di Sabah
Gambar hiasan: UDA Holdings Bhd

UDA berminat bangunkan sektor hartanah di Sabah

KOTA KINABALU: UDA Holdings Bhd (UDA) berminat untuk meninjau potensi pelaburan dalam sektor hartanah di Sabah, khususnya pembinaan kediaman dan bangunan komersial.


Minat UDA itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika melancarkan Karnival UDA 2023 @ Sabah di Lintasan Deasoka, di sini.


Beliau berkata, minat agensi di bawah kementeriannya itu didorong usaha untuk bersama-sama kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan sosioekonomi masyarakat tempatan.


"Saya berharap UDA akan terus produktif dalam menyediakan produk dan menawarkan perkhidmatan berkualiti bagi memperkasa golongan usahawan terutamanya di kompleks perniagaan UDA.


"Kementerian akan sentiasa memberi dorongan kepada agensinya dan memantau setiap langkah yang diambil untuk bersama-sama kerajaan menyumbang kepada perpaduan serta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju," katanya.


Sementara itu, Ewon berkata, penganjuran karnival UDA itu menunjukkan komitmennya mendekati masyarakat sebagai usaha membantu meningkatkan taraf kehidupan seiring dengan fungsi dan peranan UDA dalam mencorak, membentuk serta memodenkan bandar utama di Malaysia.


Katanya, karnival itu menyasarkan 100 usahawan di Sabah merangkumi pelbagai jenis perniagaan antaranya makanan, fesyen, aksesori, produk kesihatan dan perkhidmatan, dengan nilai jualan disasar mencapai RM2 juta.


Turut diadakan sepanjang karnival yang berakhir hari ini ialah pameran agensi kerajaan pusat dan negeri serta unit beruniform.


Ewon berkata, beliau yakin Karnival UDA mampu mencapai sasaran 500 usahawan di empat lokasi penganjurannya pada tahun ini iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Perak dengan nilai jualan disasar RM10 juta.


"Melihat kepada penyertaan hampir 300 usahawan serta pencapaian jualan berjumlah RM5.48 juta dalam Karnival UDA yang telah dilaksanakan di Johor dan Pulau Pinang, saya percaya UDA mampu mencapai sasaran itu tahun ini," katanya.



UDA berminat bangunkan sektor hartanah di Sabah

Commenti


bottom of page