Tujuh projek pembaharuan bandar sedang dilaksanakan secara berfasa di Sarawak oleh Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar: Kuching, Sibu, Bintulu, Miri

KUCHING, SARAWAK
Jumlah Projek Pembaharuan Bandar
Sebanyak tujuh projek pembaharuan bandar sedang dilaksanakan secara berfasa di Sarawak oleh Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar.
Lokasi dan Skop Projek
Kuching: Pembangunan Darul Hana (Fasa I, II dan III) & Sungai Bedaun
Sibu: Pembangunan Semula Kampung Datu & Kemuyang
Bintulu: Skim Pembesaran Kampung Jelutong (In-situ) & Tatau Extension Scheme
Miri: Pembangunan Padang Kerbau, Lopeng
Status Terkini Beberapa Projek
Darul Hana Fasa I & II: 557 daripada 564 unit rumah telah diserahkan (setakat 30 April 2025)
Sungai Bedaun: 209 rumah dibina; 185 telah diagihkan, selebihnya menanti penyerahan
Kampung Datu Baru, Sibu: 64 daripada 104 rumah telah diagihkan
Kemuyang, Sibu: 117 daripada 148 rumah telah diagihkan, baki 31 akan diagih sebelum akhir 2025
Jelutong & Tatau, Bintulu: 184 unit rumah dijangka siap akhir 2025, diagih mulai suku pertama 2026
Perancangan Fasa Seterusnya
Darul Hana Fasa III: 94 unit dalam pembinaan; 749 unit lagi akan dilaksanakan di bawah RMK13
Lokasi Baharu 2025: Kerja penyediaan tapak dan infrastruktur akan dimulakan di:
Kampung Datu Lama Blok A, Sibu
Padang Kerbau, Lopeng, Miri
Pembangunan Bandar dan Pekan Baharu
Siling peruntukan RM243.89 juta diluluskan di bawah RMK12
Projek di bawah seliaan LCDA
Lokasi:
Bandar Baru Sebuyau dan Simunjan (Samarahan)
Bandar Baru Daro Fasa II (Mukah)
Pekan Baru Kabong (Betong)
Projek Pusat Perkhidmatan Luar Bandar
Sedang dilaksanakan di: Lingga, Matu, Igan dan Ulu Merapok
Komponen medan selera di Metading Service Centre telah siap dan diserah kepada Majlis Daerah Dalat dan Mukah
Utusan Borneo / Marlinda Mardzuki





Comments