Tribunal Sarawak perintah Sentoria bayar RM252,000 tuntutan pembeli rumah
- Ridhwanisme
- Sep 26
- 1 min read

SARAWAK
Keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS)
Sentoria Borneo Land Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Sentoria Group Berhad (SGB), diperintahkan membayar RM252,316.35 kepada lima pembeli rumah.
Tribunal mengeluarkan Award for Claimant (Borang 5) selepas syarikat gagal memfailkan Pernyataan Pembelaan pada 28 Ogos 2025.
Perincian Tuntutan
Jumlah tuntutan melibatkan lima kes berasingan: TTPRS/0042/24, TTPRS/0059/24, TTPRS/0062/24, TTPRS/0087/24 dan TTPRS/0089/24.
Nilai tuntutan individu antara RM18,807.36 hingga RM150,000.
Kedudukan Kewangan Anak Syarikat
Syarikat kini di bawah receivership dan diurus oleh Receiver & Manager.
Receiver memaklumkan syarikat tiada keupayaan kewangan untuk menyelesaikan bayaran.
Kesan kepada Kumpulan Sentoria
Menambah beban kewangan kepada operasi syarikat di Sarawak, terutamanya projek Ataria Resort di Samariang yang telah tertangguh.
Memberi kesan reputasi dan risiko undang-undang lebih tinggi terhadap segmen pembangunan hartanah dan hospitaliti SGB.
Tuntutan Undang-Undang Berasingan
Pada 12 September 2025, Mahkamah Tinggi mengarahkan Sentoria Group Bhd. dan Sentoria Harta Sdn. Bhd. membayar RM8.69 juta kepada Al Rajhi Bank.
Jumlah ini melibatkan beberapa akaun pinjaman tertunggak: RM5.73 juta, RM868,806, RM558,217, dan RM1.52 juta.
Penghakiman ingkar dikeluarkan pada 9 September 2025 selepas syarikat gagal mempertahankan kes.
Dagang News | Johardy Ibrahim





Comments