TPM tegur prestasi syarikat air Perlis, Kedah dan Kelantan
- Ridhwanisme
- Aug 7
- 1 min read

KUALA LUMPUR
Prestasi Syarikat Air Mengikut Negeri
Perlis, Kedah dan Kelantan mencatat prestasi kurang memuaskan kerana gagal mencapai 5 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.
Pulau Pinang, Selangor dan Johor pula dinilai sebagai paling cemerlang dalam pengurusan bekalan air.
Lima KPI Prestasi Syarikat Air
Margin simpanan air terawat
Kualiti air terawat
Program Air Tidak Terhasil (NRW)
Kecekapan penyelesaian aduan pengguna
Tempoh pembaikan kerosakan
Fokus Kerajaan dan Kementerian
Tumpuan diberikan kepada penambahbaikan syarikat air negeri berprestasi rendah, agar bekalan air dijamin dan aduan pengguna dikurangkan.
Penekanan diberikan kepada keseimbangan antara tarif air dan kebajikan pengguna domestik, agar tidak membebankan rakyat.
Pelaburan Melalui CAPEX RM7.7 Bilion (Tempoh Pelaksanaan Kedua - TP2)
Kerajaan meluluskan 82 projek berkaitan perkhidmatan air di seluruh negara:
23 projek: Meningkatkan kecukupan bekalan air
20 projek: Peningkatan kualiti air
20 projek: Pengurangan kadar NRW
16 projek: Penambahbaikan sistem agihan
3 projek lain berkaitan teknikal dan operasi
Berita Harian | Fahmy A Rosli





Comments