top of page

TNB, PETRONAS pacu aspirasi Malaysia jadi negara neutral karbon


TNB, PETRONAS pacu aspirasi Malaysia jadi negara neutral karbon Berita Harian www.bharian.com.my
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/08/990476/tnb-petronas-pacu-aspirasi-malaysia-jadi-negara-neutral-karbon

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan PETRONAS memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam memacu penyelesaian inovatif ke arah penyahkarbon untuk menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.


Dalam satu kenyataan bersama, TNB dan PETRONAS berkata, sasaran itu akan dicapai terutamanya menerusi kajian bersama dalam pembangunan ekosistem hidrogen hijau, teknologi pengumpulan dan penyimpanan karbon (CCS) yang memanfaatkan kepakaran teknikal serta sumber kedua-dua organisasi.


Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerjasama itu akan membantu mempercepatkan usaha kerajaan dalam aspirasinya dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.


"Masa untuk memulakan usaha ini juga tepat kerana kerajaan dijadualkan melancarkan dasar Tenaga Negara 2021-2040 tidak lama lagi yang mana dasar ini akan menggariskan peralihan Malaysia kepada tenaga hijau," katanya.


MoU berkenaan dimeterai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik.


Takiyuddin berkata, aspirasi ke arah pelepasan karbon sifar menjelang 2050 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) memerlukan kerjasama erat dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan khususnya dalam sektor tenaga, memandangkan ia adalah komponen kritikal ekonomi negara dengan kesan pengganda kepada sektor lain.


"Kerajaan yakin kerjasama kedua-dua syarikat tenaga ini akan mempercepatkan pengurangan intensiti pelepasan mereka apabila mereka menyahkarbon," katanya.


TNB dan PETRONAS telah menyatakan komitmen terhadap Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) 2050.


Menurut kenyataan itu, MoU berkenaan bersedia untuk menerapkan ketangkasan merentasi rantaian nilai untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan dengan cara yang menyumbang secara positif kepada masyarakat serta alam sekitar.


Di bawah MoU itu, TNB dan PETRONAS akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama mengenai aplikasi penyelesaian CCS di loji penjanaan kuasa TNB.


Ia juga akan mengkaji untuk membangunkan bahan api hidrogen hijau untuk penjanaan kuasa dan mempergiatkan usaha untuk mencipta bersama ekosistem hidrogen hijau bagi menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih untuk Malaysia dan pasaran di luar negara.


Inisiatif itu akan dimulakan dengan penjanaan semula Stesen Janakuasa Sultan Ismail TNB yang telah tidak beroperasi di Paka, Terengganu menggunakan Turbin Gas Kitaran Gabungan yang cekap tinggi dengan teknologi sedia hidrogen menjelang 2029 ke arah pengeluaran tenaga yang lebih bersih.


Memanfaatkan keupayaan TNB dan PETRONAS, loji janakuasa Paka berfungsi sebagai projek perintis unik dalam menggunakan teknologi hijau yang mungkin digunakan dalam loji janakuasa masa hadapan.


Sumber: Berita Harian


Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page