top of page

Tiga projek untuk selesai isu air di Lipis


Tiga projek untuk selesai isu air di Lipis Sinar Harian www.sinarharian.com.my
Gambar hiasan: Tiga projek untuk selesai isu air di Lipis

KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sedang melaksanakan tiga projek bagi menyelesaikan masalah air di Kampung Lubuk Kulit, Kampung Beletik dan Kampung Sungai Padi dalam daerah Lipis.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, satu daripada tiga projek itu telah selesai dilaksanakan manakala dua projek lagi sedang dalam pelaksanaan.


Menurutnya, pelaksanaan projek itu melibatkan kerja menaiktaraf pam in-line booster di Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Beletik dengan 42 pemegang akaun telah mula beroperasi pada bulan ini.


“Kini dalam proses menaiktaraf jajaran paip sedia ada di Kampung Sungai Ular sepanjang empat kilometer (KM) melibatkan 361 akaun dan dijangka selesai pada September 2023.


“Satu lagi projek ialah menaiktaraf paip lebih besar dari Kampung Lubuk Kulit ke Kampung Sungai Padi sejauh 20 KM melibatkan 378 pemegang akaun dan akan siap pada Oktober 2024,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi Paip, pada Khamis.


Sumber: Sinar Harian


4 views

Comments


bottom of page