Tiga projek naik taraf sistem saliran di Muar



MUAR: Pihak berkuasa tempatan akan menaik taraf tiga sistem saliran di daerah ini bagi mengelakkan banjir kilat pada masa depan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri, berkata kerajaan negeri memperuntuk RM5.65 juta untuk semua projek berkenaan.


Katanya, kerja naik taraf itu sudah dipersetujui Jabatan Kerja Raya (JKR) Muar dan Pejabat Daerah Muar.


"Projek berkenaan membabitkan Jalan Sungai Abong sepanjang 300 meter dan longkang konkrit akan dinaik taraf daripada saiz 300 milimeter (mm) kepada 900 mm yang menelan belanja sebanyak RM500,000.


"Projek yang kedua merangkumi kerja menaik taraf perparitan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), terutamanya di kawasan lobi hospital dengan peruntukan sebanyak RM800,000.


"EXCO yang lepas sudah memperuntuk sebanyak RM350,000 untuk naik taraf saliran di kawasan parkir hospital dan kita akan meneruskan juga projek berkenaan," katanya ketika sidang media lawatan kerja di HPSF, di sini, hari ini.


Beliau berkata, sebanyak RM4 juta lagi diperuntuk bagi menaik taraf saliran perparitan di sekitar bandar Muar yang membabitkan pembesaran 'crossing culvert' dan pembinaan dijangka bermula hujung tahun ini.


Turut hadir ketika lawatan berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zaiton Ismail, Jurutera Daerah JKR Muar, Ir Rahmat Rasib dan Pengarah HPSF, Dr Muhammad Yusof Sibert.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #Johor

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.