Tiga projek kesihatan utama di Hospital Pulau Pinang (HPP) melibatkan kos keseluruhan RM758 juta, kaedah pelaksanaan adalah secara reka dan bina menerusi tender terbuka
- Ridhwanisme
- Jun 3
- 1 min read

GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Jumlah Peruntukan:
Tiga projek kesihatan utama di HPP melibatkan kos keseluruhan RM758 juta.
Dibiayai melalui RMKe-11, Rolling Plan Pertama (RP1) oleh Kerajaan Persekutuan.
Projek 1 – Blok Wanita dan Kanak-Kanak (RM307 juta):
Kaedah pelaksanaan: Reka dan bina melalui tender terbuka.
Kemajuan semasa: 34.35%, dijangka siap pada Januari 2026.
Kemudahan:
Blok hospital 8 tingkat (329 katil),
Tempat letak kereta 12 tingkat,
Kafeteria, taman permainan, dan surau.
Projek 2 – Blok Baharu Pusat Perkhidmatan Stem Sel (RM23 juta):
Kaedah pelaksanaan: Konvensional melalui tender terbuka.
Kemajuan semasa: 10.19%, dijangka siap Mac 2027.
Naik taraf perkhidmatan:
Pemindahan sum-sum tulang,
Unit Apheresis & Makmal Stem Sel.
Projek 3 – Blok Klinik Pakar dan Wad (RM428 juta):
Blok hospital 14 tingkat dengan 216 katil.
Termasuk klinik pakar, wad pesakit, dan tempat letak kereta bertingkat.
Dijangka siap Mei 2029.
Pemantauan & Impak Keseluruhan:
Semua projek diawasi oleh JKR secara telus dan profesional.
Peningkatan fasiliti kesihatan akan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat Pulau Pinang.
Buletin Mutiara / Watawa Nataf Zulkifli
Kommentare