Tiada kelewatan dalam projek benteng Pantai Tanjung Bidara
- Ridhwanisme
- Jul 20
- 1 min read

TANJUNG BIDARA, MELAKA
Projek Naik Taraf Benteng Pantai Tanjung Bidara
Lokasi: Tanjung Bidara, Melaka
Kos: RM2.29 juta
Tempoh pelaksanaan: 15 Ogos 2024 – 14 September 2026
Status semasa: Kemajuan 40% setakat 25 Jun 2025, iaitu 5% lebih awal dari jadual.
Penangguhan Bersifat Sementara
Penangguhan hanya untuk penilaian semula reka bentuk akibat fenomena hempasan ombak yang menyebabkan ketidakstabilan struktur asal.
Tiada isu kelewatan atau penggantungan rasmi. Kerja sambung semula bermula 21 Julai 2025.
Penambahbaikan Reka Bentuk & Perlindungan
Reka bentuk baharu merangkumi 3 zon sepanjang 180 meter.
Melibatkan dua lapisan sistem pertahanan pantai (Coastal Defence System - CDS) untuk menambah ketahanan terhadap hakisan dan air pasang besar.
Struktur tambahan: kawalan hakisan & penambakan pasir sebagai zon penampan semula jadi.
Inisiatif Menyeluruh Kerajaan Negeri
Projek Tanjung Bidara sebahagian daripada inisiatif lebih besar melibatkan lokasi lain seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan Alai Perdana.
Dikoordinasi oleh Bahagian Pengurusan Zon Pantai (BPZP), JPS Melaka untuk pelaksanaan dan semakan teknikal.
Komitmen dan Pemantauan
Pemantauan rapi oleh Exco, JPS dan Pejabat Daerah.
Reka bentuk dan pelaksanaan mengambil kira faktor jangka panjang, iklim semasa dan kelestarian fizikal pantai.
Melaka Hari Ini / Mohd Faiz Abu Hasan





Comments