top of page

Terengganu tarik pelaburan syarikat pengeluar batu silika bernilai RM2.4 bilion


Terengganu tarik pelaburan syarikat pengeluar batu silika bernilai RM2.4 bilion Berita Harian www.bharian.com.my
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar pada seminar MIDA Invest Series: Unfolding States Business Potential - A Briefing by Invest Terengganu di sini hari ini. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Invest Terengganu, sebuah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu sedang berunding untuk menarik pelaburan daripada syarikat pengeluar batu silika antarabangsa berjumlah RM2.4 bilion.


Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, berkata rundingan pelaburan di Terengganu tersebut dijangka dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.


"Pelaburan tersebut membabitkan pembinaan kilang dengan 32 barisan pembuatan batu silika dan akan dibangunkan di sebuah taman perindustrian di Cheneh," katanya kepada pemberita selepas seminar MIDA Invest Series: Unfolding States Business Potential - A Briefing by Invest Terengganu di sini hari ini.


Katanya, taman perindustrian di Cheneh, Kemaman itu adalah taman perindustrian baharu, tambahan kepada 25 taman perindustrian sedia ada pada masa ini.


"Kerajaan negeri bersetuju untuk membuat zon semula ke atas satu kawasan baharu kira-kira 8,000 hektar keluasannya dan sebahagiannya telah ada pembeli dan antaranya ialah permohonan berkaitan pembinaan kilang batu silika dari China," katanya.


Tengku Hassan berkata, jumlah nilai pelaburan tersebut merupakan tambahan kepada nilai sasaran keseluruhan pelaburan di negeri Terengganu iaitu RM5 bilion pada tahun ini.


"Setakat hari ini, kita hampir mencapai nilai sasaran tersebut dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya daripada syarikat antarabangsa.


"Pada tahun lalu, kita berjaya mencatatkan RM3 bilion nilai pelaburan ke Terengganu," katanya.


Sumber: Berita Harian


14 views

Comments


bottom of page