Terengganu perkenal dasar Rumah Mampu Milik baru lebih fleksibel, mesra pemaju
- Ridhwanisme
- Aug 27, 2025
- 1 min read

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
Penggubalan Dasar RMM Baharu di Terengganu
Dasar RMM baharu diperkenalkan secara penswastaan dengan pendekatan lebih realistik.
Dirangka hasil kolaborasi SUK (Bahagian Perumahan) dan TSIS melalui bengkel melibatkan PBT, syarikat swasta dan pemaju.
Matlamat: seimbangkan keperluan rakyat, kelestarian pasaran, dan kepentingan pemaju.
Isu Utama & Justifikasi Dasar
Kos bahan binaan meningkat menjadi faktor utama kenaikan kos pembangunan.
Caj premium tanah dan kuota pembinaan antara kekangan yang diambil kira.
Dasar baharu cuba mencari penyelesaian menang-menang (win-win) antara rakyat, pemaju dan institusi kewangan.
Struktur Harga & Kategori RMM
Jenis A: RM90,000 (800 kps), sasaran pendapatan isi rumah RM2,500 - RM5,000, kuota Melayu 95%.
Jenis B: RM150,000 - RM185,000 (900 kps), sasaran pendapatan RM3,000 - RM8,000, kuota Melayu 70%.
Bagi tanah kerajaan: 20% Jenis A, 20% Jenis B, baki 60% unit komersial.
Penetapan Harga & Pasaran
Harga RMM ditentukan kerajaan negeri.
Unit komersial bebas ditentukan pemaju tanpa pelepasan kuota Melayu.
Model ini memastikan keseimbangan kawalan harga untuk golongan berpendapatan rendah dan fleksibiliti pasaran bagi pemaju.
Standard Regulasi
Semua projek wajib patuhi Dasar Perumahan Negara 2018 - 2023.
Insentif Kepada Pemaju
Caj premium tanah ditetapkan hanya RM100 - RM300 seunit untuk RMM.
Insentif tambahan termasuk:
Pengecualian penyediaan SPAH untuk RMM.
Kelulusan pelan dipercepat melalui Green Lane.
Pengecualian levi jika pembangunan mematuhi syarat ditetapkan.
Kerjasama Sektor Swasta & Cabaran Kenaikan Kos Bahan
Dasar mesra pemaju mampu menarik lebih banyak kerjasama sektor swasta dalam penyediaan perumahan rakyat.
Cabaran utama: Kos bahan binaan di peringkat nasional perlu ditangani agar dasar negeri lebih berkesan.
TRDI | Ahmad Zaeem Zainudin





Comments