Tanah runtuh di Pulau Pangkor


Tanah runtuh menyebabkan jalan yang menghubungkan Pasir Bogak ke Teluk Nipah ditutup. Foto: ihsan pembaca

LUMUT - Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan berlaku tanah runtuh di laluan utama menghubungkan Pasir Bogak ke Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.25 pagi itu menyebabkan jalan tersebut ditutup sementara kepada semua kenderaan.


“Tanah runtuh tersebut telah menyebabkan jalan raya utama yang menghubungkan Pasir Bogak ke Teluk Nipah telah mengalami kerosakan.


“Pihak bomba, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dihubungi. Kerja pembaikan akan dilakukan oleh pihak JKR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun jalan itu ditutup demi keselamatan pengguna jalan raya. Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #PulauPangkor #JKR

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.