top of page

Tanah runtuh di Jalan Pos Mosuh Tapah pula



Tapah: Satu lagi kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Pos Mosuh Tapah berdekatan Kampung Sungai Bot, di sini, pada 3 petang hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 3.30 petang.


Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dikejarkan ke tempat kejadian.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati terdapat kesan runtuhan tanah setinggi kira-kira 25 meter yang menghalang kedua-dua arah laluan terbabit.


"Kerja-kerja pembersihan jalan dilakukan dengan bantuan JKR dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta anggota bomba," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Katanya, kerja-kerja pembersihan jalan dan pemotongan dahan pokok selesai pada 4.30 petang bagi membolehkan jalan itu dibuka semula kepada penduduk.


Sumber: Harian Metro


11 views
bottom of page