Tanah mendap, jalan retak


KETUA Polis Daerah TatauDSP Dennis Bunyam meninjauan ke lokasi mendapan tanah di kilometer 9, Jalan Nanga Merit-Sangan dekat Tatau. NSTP/Erika George

TATAU: Penduduk di kawasan Sangan diminta berwaspada ketika menggunakan Jalan Nanga Merit-Sangan berikutan mendapan tanah di kawasan itu, sejak tengah hari semalam.


Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Dennis Bunyam, berkata setakat hari ini, mendapan yang berlaku membabitkan 50 meter panjang dengan penurunan tanah sekitar 0.5 meter.


“Bagi keselamatan pengguna jalan raya, kami menasihatkan semua penduduk setempat agar menggunakan laluan lencongan sedia ada demi keselamatan mereka kerana mendapan susulan boleh menyebabkan berlaku runtuhan tanah,” katanya.


Dennis berkata demikian dalam kenyataannya hari ini berhubung mendapan tanah di Kilometer 9, laluan berkenaan.

Katanya, beliau bersama pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah melakukan tinjauan ke lokasi kejadian.


Sebagai langkah awal, katanya, JKR sudah mengarahkan kontraktor memasang papan tanda amaran, lampu sinar dan tali amaran keselamatan bagi memudahkan pergerakan pengguna.


“Pemerhatian awal mendapati hujan lebat dan anak sungai di kaki cerun sebagai punca mendapan serta penurunan tanah di laluan terbabit,” katanya.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #JKR

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.