Tak guna berjimat jika keselamatan pekerja terabai


TINDAKAN pemaju dan kontraktor yang dikatakan lebih gemar menempatkan buruh kontrak mereka tinggal di bangunan yang masih dalam pembinaan, mengundang malapetaka.


Betul, ia memudahkan pekerja dikawal, menjimatkan kos pengangkutan apabila jarak ke tempat kerja hanya beberapa meter, selain jaminan pekerja boleh memulakan tugas pada waktu ditetapkan.

Namun, hakikatnya pekerja terbabit terdedah kepada risiko maut kerana banyak rumah kongsi di dalam bangunan yang dibina didapati bukan sahaja dalam keadaan tidak memuaskan, malah tidak selamat dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja.


Pihak berkuasa perlu memantau keadaan ini dan ambil tindakan terhadap pemaju yang melanggar peraturan. Kita tidak mahu pihak berkuasa hanya bersuara membuat pelbagai saranan apabila sesuatu tragedi sudah berlaku.


Menjadi kewajipan pemaju dan kontraktor untuk menjaga kebajikan pekerja mereka. Jangan kerana terlalu memikirkan keuntungan, tempat tinggal pekerja diabaikan atau ditempatkan sesuka hati.


Tidak salah untuk mereka mencari dan membina pusat penginapan sementara di lokasi berdekatan, tetapi bukan di dalam bangunan yang masih dalam pembinaan.


Sumber: Berita Harian


#evolusibina #keselamatan

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.