Stadium Perak dinaik taraf dengan rumput Axonopus Putra, dijangka siap Januari 2026
- Ridhwanisme
- Oct 6
- 1 min read

PERAK
Projek Naik Taraf Padang Stadium Perak
Kerja bermula Jun 2025, dijangka siap Januari 2026.
Melibatkan peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Skop kerja: penggantian rumput padang kepada Axonopus Putra (Axon Putra 001), sistem perparitan baharu, serta leveling permukaan tanah.
Rumput dihasilkan oleh UPM melalui inovasi pakar tempatan, lebih tahan dan sesuai dengan cuaca Malaysia.
Tempoh Pemulihan Rumput Baharu
Walaupun kerja fizikal selesai Januari 2026, tempoh tambahan 3 - 6 bulan diperlukan untuk rumput matang.
Stadium dijangka hanya boleh digunakan semula secara rasmi selepas tempoh matang, iaitu sekitar hujung 2026.
Perkembangan Projek Perumahan D’Aman Residensi Meru Raya
Status semasa: 99.2% siap.
Dalam fasa akhir pemeriksaan, pembaikan kecil, dan penyerahan sub-stesen kepada TNB.
Dijangka memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (CCC) pada Disember 2025.
Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Pengubahan)
Sebanyak 52 cadangan pengubahan disenaraikan.
Fokus pada zon guna tanah, ketinggian bangunan, serta jadual kelas kegunaan tanah dan bangunan.
Sesi publisiti memberi peluang kepada penduduk, pemilik tanah dan agensi untuk memberi cadangan atau bantahan.
MG Perak | Amirrul Rabbani Rashid





Comments