SPAN potong sambungan bekalan air haram di tapak pembinaan


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) membuat serbuan di sebuah tapak projek pembinaan di Ampang, dekat sini kerana membuat penyambungan paip air secara haram.


Eksekutif Kanan, Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Loh Pit Mui berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan melakukan sambungan secara haram dan tidak mempunyai sebarang meter bekalan air yang berdaftar.


“Sambungan paip haram dari paip utama Air Selangor itu menggunakan paip jenis getah dan jenis poli (HDPE) berukuran 25 milimeter (mm),” katanya.


Tambah Pit Mui, sambungan itu disyaki menyalurkan bekalan air ke dalam tangki tadahan di tapak pembinaan tersebut bagi tujuan kegunaan di tapak dan juga rumah kongsi pekerja.


“Ujian klorin di tapak juga mengesahkan bahawa bekalan air yang diterima merupakan air terawat,” katanya kepada pemberita selepas operasi dilaksanakan di Ampang, dekat sini pagi tadi.


Difahamkan, kecurian air di tapak pembinaan projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) itu merupakan kejadian berulang kerana operasi yang sama telah dilakukan pada 2017 melibatkan kontraktor berlainan.


Sumber: Utusan


#evolusibina #SPAN

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2020 EvolusiBina. All rights reserved.