top of page

SMK Pengerang Utama mula beroperasi


Aminolhuda (tiga dari kiri) melakukan gimik menanam pokok ketika merasmikan pelancaran operasi SMK Pengerang Utama semalam. A Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/33254/EDISI/Johor/SMK-Pengerang-Utama-mula-beroperasi © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KOTA TINGGI - Pelajar yang menetap di Taman Bayu Damai di sini tidak lagi perlu berulang-alik ke Pengerang apabila sekolah menengah yang dibina di taman berkenaan sudah mula beroperasi.


Exco Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengerang Utama sebelum ini telah tertangguh selama dua tahun berikutan masalah peruntukan sejak dari awalnya.


Menurutnya, kesemua pelajar sekolah berkenaan rata-ratanya adalah dari SMK Tanjung Datuk yang mana kini telah pun memulakan sesi pembelajaran di sekolah baharu itu.


"Walaupun pada peringkat awal terpaksa berulang-alik, Alhamdulillah sebahagian besar pelajar telah ditempatkan di sekolah baharu itu.


"Kita juga ucapkan tahniah kepada pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak Jabatan Pendidikan Johor di aman sekolah baharu itu berjaya meraih kejayaan cemerlang dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa sempena Japan Design & Invention Expo 2019 bertempat di Tokyo Bay Ariake Washington Hotel, Tokyo, Jepun semalam (kelmarin).


"Di mana wakil sekolah berjaya mendapat johan dan naib johan. Ia satu pencapaian dan permulaan yang baik sebagai sekolah baharu dalam mengharumkan nama baik sekolah di peringkat nasional," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Operasi SMK Pengerang Utama semalam.


Mengulas lanjut mengenai sekolah berkenaan, katanya sekolah itu mempunyai 732 pelajar dilengkapi dengan kemudahan asrama pelajar yang boleh memuatkan 288 pelajar.


Katanya, asrama disediakan secara tidak langsung memberi kemudahan kepada pelajar luar yang mahu belajar di sekolah berkenaan yang umum mengetahui berhampiran dengan kawasan projek pembangunan Pengerang Rapid.


"Dalam ucapan saya mengingatkan pelajar agar mengambil kesempatan daripada projek pembangunan yang berlaku di kawasan mereka ini kerana mereka merupakan orang paling hadapan yang boleh meraih manfaat.


"Tambahan pula bidang pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional Malaysia (TVET) atau akademik bakal menjadi keperluan di mana sehingga 4,000 tenaga kerja manusia diperlukan khususnya dlm bidang kepakaran minyak dan gas," katanya.


Sumber: Sinar Harian


27 views
bottom of page