top of page

SkyWorld labur RM82.7 juta bina kilang modular untuk 35,000 rumah mampu milik

| SkyWorld
| SkyWorld

SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG


1. Pengambilalihan Tanah Strategik di Pulau Pinang

  • SkyWorld Development Bhd melalui anak syarikat tidak langsungnya, Prefab Master (Penang) Sdn Bhd (70% dimiliki), telah membeli empat lot tanah pegangan bebas seluas 26.4 ekar di Seberang Perai Tengah dengan nilai RM82.7 juta.

  • Pembelian ini akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank, dijangka dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan.


2. Pembinaan Kilang Sistem Modular PPVC

  • Tanah tersebut akan dibangunkan sebagai kilang pembuatan sistem modular prasiap dan siap volumetrik (PPVC).

  • Kilang ini dijangka mula beroperasi pada separuh kedua tahun 2026.

  • Lokasi hanya 12km dari Batu Kawan dan 15km dari Seberang Jaya – dua kawasan tumpuan pembangunan perumahan SkyWorld.


3. Sokongan Kepada Projek Rumah Bakat MADANI

  • Kilang ini akan menyokong pembangunan lebih 35,000 unit rumah mampu milik di bawah skim Rumah Bakat MADANI hasil usahasama dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan PDC Properties Sdn Bhd.

  • Harga rumah antara RM225,000 hingga RM420,000, menyasarkan kumpulan B40 dan M40.


4. Pendekatan Modular dan Ekonomi Skala

  • Pembinaan secara modular akan mempercepat pelaksanaan projek, mengurangkan kos, dan meningkatkan konsistensi kualiti.

  • Pendekatan ini diilhamkan daripada kejayaan rakan mereka, Teambuild, dalam projek perumahan HDB Singapura.


ree

Dagang News | Kamaliza Kamaruddin

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page