SkyWorld catat skor tertinggi QLASSIC


Salah sebuah projek pembinaan SkyWorld di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pemaju bandar, SkyWorld Development Group (SkyWorld) mencatat skor tertinggi dalam Sistem Penilaian Kualiti Bagi Projek Pembinaan (QLASSIC) iaitu 85 peratus dalam kategori rumah bertingkat tinggi di Malaysia.


Penilaian yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu turut menyaksikan SkyWorld sebagai satu-satunya pemaju yang meraih mata tertinggi dalam kategori berkenaan setakat ini.


Ketua Pegawai Operasinya, Lee Chee Sang berkata, pencapaian itu merupakan bukti SkyWorld sentiasa menyediakan produk terbaik kepada pelanggannya.

“Kami harap kejayaan ini akan menginspirasi untuk bekerja lebih keras mencipta lebih banyak kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


QLASSIC merupakan sistem yang digunakan oleh CIDB untuk memastikan projek menepati standard kualiti pembangunan CIS.


Skor QLASSIC yang tinggi menunjukkan bangunan dibina dengan baik dan mencapai kualiti kerja tinggi.


Chee Sang berkata, kualiti adalah hak kepada pemilik rumah kerana ia merupakan kepercayaan memberi nilai kepada pemaju.


Bagaimanapun, katanya, hanya 4.1 peratus daripada 7,600 projek yang dibina di Malaysia pada setiap tahun mempunyai pengiktirafan QLASSIC.


“Apabila anda mempertimbangkan untuk membeli rumah SKyWorld, kami adalah antara pemaju yang tergolong dalam peratus tersebut,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


#evolusibina #Qlassic

245 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.