Sisa toksik punca penghuni Pangsapuri Kinrara Mas jatuh sakit?


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Lebih 1,500 penghuni Pangsapuri Kinrara Mas, Bukit Jalil di sini mengalami sesak nafas, batuk dan sakit berlarutan ekoran pencemaran toksik di tapak pembuangan haram berhampiran pangsapuri itu sejak awal tahun lalu.


Tinjauan Utusan Malaysia di pangsapuri berkenaan hari ini juga terkesan apabila bau busuk toksik menusuk hidung wartawan dan jurugambar ketika menghampiri pondok pengawal perumahan bertingkat tersebut.


Ahli Jawatankuasa, Badan Pengurusan Bersama (JMB), pangsapuri berkenaan Sam Periyasamy, 47, berkata, keadaan itu berlaku disebabkan oleh syarikat persendirian yang menggunakan tanah berhampiran sebagai tapak pembuangan sampah haram.


“Kami pada awalnya mengesyaki kawasan itu akan menjalankan pembinaan pangsapuri atau kondominium baharu namun timbul syak wasangka apabila sering melihat lori sampah keluar masuk ke kawasan itu.


“Keadaan itu bukan sahaja menimbulkan bau busuk terutama ketika cuaca hujan dan angin, tetapi turut menyebabkan besi dan logam menjadi karat malah pokok dan tumbuhan di sekitar kawasan ini turut bertukar warna.


“Lebih membimbangkan kami adalah air toksik berwarna hitam dan berbuih dari tapak berkenaan telah mengalir ke Sungai Kuyuh di sini melalui satu laluan atau longkang haram yang dibina pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.


Jelas Sam, pihaknya merayu campur tangan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah itu.


Katanya, sebelum ini aduan telah dikemukakan kepada pihak berwajib antaranya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).


Tambahnya, penghuni Pangsapuri Kinrara Mas berharap tindakan segera diambil bagi memastikan kesemua sisa-sisa sampah haram berkenaan diangkut keluar dan tapak pelupusan sampah haram itu ditutup serta air toksik dipam keluar bagi memastikan kesejahteraan penduduk di situ.


Sumber: Utusan Malaysia


#evolusibina #pencemaran

18 views0 comments

How can we help you?

Take a moment to tell us about your services, products or marketing interest — we’re here to help.

Copyright © 2021 EvolusiBina. All rights reserved.