top of page

Sidang DUN: JKR CKE Pahang Mohon Peruntukan Rm2.3 Juta Selenggara Lampu Jalan, Lampu Isyarat, lampu Solar Bagi 2025


ree
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Ir. Razali Kassim

ree

KUANTAN, 3 DISEMBER 2024: Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Pahang telah menghantar permohonan peruntukan sebanyak RM2.3 juta dari Kementeria Kerja Raya Malaysia bagi pembaikan sistem lampu jalan, lampu isyarat dan pemasangan lampu solar bagi tahun hadapan.


Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim berkata, peruntukan terbabit meliputi empat kawasan seperti Jalan Kuantan – Bypass FT 003 (Dari Semambu sehingga Gebeng), Jalan Kuantan – Kemaman FT 003 (Dari Gebeng sehingga Chendor), Jalan Kuantan – Beserah FT 002 (Dari Bandar Kuantan hingga Balok) dan Jalan Pintasan Kuantan – Sungai Ular FT14 dan FT101 (Dari SIRIM hingga interchange Sungai Ular).


Katanya, permohonan berkenaaan bertujuan untuk menyelenggara lampu jalan dan lampu isyarat bagi memastikan pencahayaan sempurna sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terlibat yang berpunca dari jalan yaang gelap.


“Adalah diharapkan permohonan tersebut akan mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia supaya sistem lampu jalan dan lampu isyarat dapat diselenggara dengan berkesan bagi memastikan pencahayaan yang sempurna di sepanjang laluan di DUN Beserah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan ADUN Beserah, YB. Dato’ Haji Andansura Rabu berkaitan jumlah kemalangan maut di DUN Beserah bagi tahun 2023 dan 2024 dan punca dan langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar kemalangaan dalam Mesyuarat Ke-3 Penggal ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.


YB. Dato’ Ir. Razali dalam pada itu berkata, Zon Beserah mencatakan sebanyak 2,091 kealangan dengan empaat kemalangan maut pada tahun lalu dan 1,512 kemalangan membabitkan enam kemalangan maut setakat September tahun ini.


“Antara punca kemalangan di Zon Beserah adalah kawasan jalan yang gelap, banyak terdapat kawasan perumahan di tepi jalan utama, tiada papan tanda amaran yang jelas dan sikap pemandu itu sendiri trutamanya penunggang motosikal. Selain itu, haiwan ternakan juga penyumbang kepada statistik kemalangan di kawasan ini seperti lembu yang berkeliaran di atas jalan.


“Bagi mengurangkan kadar kemalangan yang tinggi di Zon Beserah, pihak berwajib telah meningkatkan tahap rondaan di kawasan tersebut, memaklumkan kepada MBK untuk meletakkan papan tanda amaran, tindakan penguatkuasa seperti saman dan program Community Policing IPD Kuantan bersama masyarakat di kawasan terbabit,” katanya.


Selain itu katanya, pihak jabatan juga telah mengadakan empat operasi menangkap ternakan berkeliaran di bawah Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 (EKKL) di mana tiga ekor lembu, enam ekor kerbau dan 15 ekor kambing telah ditangkap.


Tambahnya lagi, operasi EKKL yang dijalankan melibatkan Jalan By Pass Damansara – Gebeng, Jalan Pantai Pelindung – Gebeng dan Kawasan Perumahan Beserah sebagai salah satu langkah mengurangkan kadar kemalangan yang disebabkan oleh haiwan berkeliaran.

Sumber: Pahang Media

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page