top of page

Serba Dinamik International peroleh projek bernilai RM448.09 juta


KUALA LUMPUR: Unit Serba Dinamik Holdings Bhd iaitu Serba Dinamik International Ltd, memperoleh tiga kontrak operasi dan penyelenggaraan keseluruhannya bernilai RM448.09 juta.


Serba Dinamik Holdings berkata, satu lagi unit, Serba Dinamik Sdn Bhd, memperoleh enam projek merangkumi satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC), dua kontrak O&M dan EPCC dan tiga kontrak O&M.


“Kontrak berkenaan tidak mempunyai nilai spesifik kerana ia berasaskan ‘panggilan’ iaitu perintah kerja akan diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktivitinya dan kadarnya ditentukan sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


Serba Dinamik Holdings, penyedia penyelesaian kejuruteraan bagi industri minyak dan gas, dan penjanaan kuasa, berkata kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian


129 views
bottom of page