top of page

Senarai sektor tambahan dibenarkan beroperasi


Kerja-kerja terowong antara sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mengumumkan senarai sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

  • Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

  • Industri Mesin dan peralatan

  • Industri Aeroangkasa

  • Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan

(i) Projek yang mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama

(ii) Projek telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas

(iii) Kerja-kerja terowong

(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan

(v) Kerja-kerja cerun

(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak

(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak

(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya

(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas

(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juruukur tanah, juruukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.


  • Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada : perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID-19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja)

  • Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada pengamal berdaftar perubatan ‘Traditional and Complementary’ (TCM)

  • Perkhidmatan kedai ‘hardware’ (perkakasan), kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

  • Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

  • Perkhidmatan dobi (perkhidmatan penuh dan bukan layan diri)


- BERNAMA



11 views
bottom of page